Hikayat Wal Asil

Ceritamu

Walaupun
Ku tahu penghujungnya
Masihku ulang membaca

Setiap ayat
Walaupun
Membangkit luka
Dirimu dekat
Biarpun seketika

Setiap perenggan
Walaupun
Mengimbau kesedihan
Senyumanmu
Bagaikan taman

Setiap halaman
Walaupun
Merungkai kenangan
Biarpun tinggal cebisan

Apakan daya
Hidup dalam kejanggalan
Sebelum luput ingatan
Ceritamu sahaja yang ada
Walaupun
Ku tahu penghujungnya.

16 Jun 2023