Hikayat Wal Asil

Kedai Jam

Dari kedai ke pasaraya
Dari pekan ke kota
Dari pangkal ke hujung dunia

Dengan emas, bertanya
Sesiapa
Yang ingin menjual masa

Siang dan malam
Pagi dan petang
Membanting tulang
Mengutip emas dengan masa

Sayang
Bila tiba masa
Emas tak senilai mana

Masa yang terluang
Berlalu pergi
Emas hilang boleh diganti
Masa tidak boleh dijual beli
Atau memajak masa?