Hikayat Wal Asil

Penghulu Hari

Di penghulu hari
Kita berjumpa lagi
Bertanyakan khabar
Di bawah sinar

Dalam lena
Kita, berkongsi rasa, tanpa kata
Bertemu tanpa bersemuka

Mengalirnya semangat
Yang tertanam
Ditemani batu sungai
Dalam diam
Menyusuri damai

Selamat tinggal tiada dalam ucapan
Dirimu dalam bayangan
Sebahagianku sentiasa di sini
di penghulu hari.

12 Mei 2023